| Inventori
Memprofil Sahsiah (Personaliti) LEONARD, atau LPI secara ringkasan,
direka oleh Profesor Dr. Leonard Yong untuk memprofil dan mengenalpasti
kecenderungan kelakuan individu. LPI dirumus berdasarkan teori
model Lima Faktor personality manusia (Five Factors Model of human
personality). LPI juga digolongkan di bawah teori personaliti
klasikal, iaitu Types & Traits Theory of classical personality
theories
Profil
personaliti (sahsiah) seseorang individu boleh diperolehi dengan
mengambil ujian LPI.
Ujian
LPI telah ditadbirkan kepada ribuan individu dari Asia, Eropah,
Australia dan New Zealand. LEONARD adalah akronim yang membawa
maksud "Mari Meninjau Personaliti (Sahsiah) kita berdasarkan
dimensi- dimensi kelakuan: Sifat Terbuka, Sifat Berkecuali, Sifat
Analitikal, Sifat Peramah dan Sifat Tegas.
LPI
boleh mengenalpasti orientasi emosi seseorang individu dan menyatakan
personaliti individu tersebut berdasarkan salah satu dari lima
dimensi kelakuan yang disebutkan di atas.
LPI
telah mengenalpasti 26 ciri personaliti seperti Pengkhayal Kreatif,
Pakar Berkecuali, Pemikir Analitikal, Rakan Peramah, Pengadil
Yang Tegas dan lain- lain lagi. Personaliti seseorang individu
boleh diprofil atau dikenalpasti dengan perisian personaliti LEONARD.
Perisian
LPI mudah digunakan dan memberi keputusan (profil personaliti/
sahsiah) yang tepat selepas ujian. Berdasarkan profil personaliti/
sahsiah, seseorang individu tersebut boleh diberi nasihat dan
cadangan dalam aspek- aspek berikut:
- Peningkatan
diri
- Meningkatkan
semangat berpasukan
- Gaya
kepimpinan
- Meningkatkan
sifat kreatif
- Kemahiran
Pembelajaran
|