|
PROFESSOR DR. LEONARD M S YONG (PhD;
M.Ed; B.Sc.Hon) |
Pereka & Pengarang "The LEONARD Personality
Inventory"
Dr Leonard Yong berkhidmat sebagai Profesor
di Jabatan Pedagogi & Psikologi Pendidikan, Universiti
Malaya. Beliau merupakan seorang ahli psikologi pendidikan
yang mengkhusus dalam bidang Pemikiran Kreatif dan Personaliti
Kreatif. Beliau juga merupakan pelopor Pusat Pendidikan
Berterusan Universiti Malaya, di mana beliau kini bertugas
sebagai Pengarah. Pusat ini merupakan sebuah pusat inovatif
yang menawarkan kursus profesional dan pendidikan berterusan
kepada lebih dari 5000 warga kerja.
Profesor Yong telah memperolehi pengiktirafan
antarabangsa dalam kerja beliau, khususnya dalam bidang
kreativiti rakyat Malaysia. Pada tahun 1992, beliau telah
dianugerahkan Fulbright-ACLS/MACEE Award untuk menjalankan
kajian pasca ijazah kedoktoran ke atas kreativiti rakyat
Amerika. Beliau telah juga dianugerahkan Japan Foundation
Research Fellowship Award pada tahun 1993 untuk menjalankan
kajian dalam personaliti Jepun yang kreatif.
|
 |
Profesor Yong adalah pelopor dan pengarang The LEONARD Personality
Inventory dan beliau juga menerbitkan hasil kajian beliau
dalam pelbagai jurnal antarabangsa yang diguna secara meluas
di pelbagai organisasi kerajaan dan korporat. Selain itu,
beliau juga giat mengendalikan program latihan dalam bidang
Pemikiran Kreatif dan Inovatif untuk organisasi- organisasi
seperti Microsoft Thailand, Cathay Pacific Airlines, Thai
Securities Exchange Commission, EuroMatech (Dubai), Readers
Digest, Reuters, Rasa Saying Hotel, Pelangi Hotel, Equatorial
Hotel, Cititel Hotel, Horwath International, Ban Hin Lee
Bank, Acer Technology, Kian Holdings, Public Packages and
Cathay Pacific Airlines. Prof. Yong telah menjalankan program
diatas di Australia, Britain, Jerman, Rusia, Jepun, Korea,
New Zealand, Amerika Syarikat , Papua New Guinea, Singapura,
Thai and Indonesia.
Pada Mac 2000, beliau telah dianugerahkan
EU-UMESP Senior Research Fellowship untuk mengendalikan
kajian ke atas gaya pemimpin di benua Eropah menggunakan
LEONARD Personality Inventory di Itali, Jerman dan Scotland.
Beliau juga merupakan ahli American Psychological Association
dan Malaysian Psychological Association.
|
Kembali ke atas
Aplikasi
Inventori Memprofil Sahsiah (Personaliti) LEONARD Dari Segi Perkembangan
Individu & Organisasi
LPI
boleh membantu individu untuk:
- Memahami
gaya kelakuan masing- masing
- Membentuk
strategi untuk mengatasi kelemahan diri
- Memahami
kelakuan dan motivasi orang lain
- Menghargai
orang lain
- Memupuk
semangat berpasukan
LPI
boleh digunakan dalam organisasi untuk:
- Pemilihan
calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu kekosongan jawatan yang
hanya sesuai untuk seorang individu yang mempunyai gaya kelakuan
tertentu.
- Memberi
latihan calon-calon yang akan bakal dinaik pangkat ke jawatan
yang memerlukan kemahiran berurusan dengan orang.
- Merangka
program Kemahiran Kepimpinan dan Pengurusan untuk pengurus dan
pengurus kanan.
- Meningkatkan
cara bekerja secara berkumpulan yang inovatif dan membina suatu
organisasi pembelajaran.
- Membina
Semangat Berpasukan secara berkumpulan di mana sahsiah setiap
ahli kumpulan diprofil dan kekuatan serta kelemahan setiap ahli
ditentukan. Strategi untuk meningkatkan komunikasi antara pasukan
dan di kalangan ahli-ahli sesuatu pasukan dapat ditentukan.
Sesi kaunselling untuk memberi maklumbalas akan ketidaksedaran
emosi setiap ahli dan cara meningkatkan kepintaran emosi masing-masing
juga boleh dijalankan.
Kembali
ke atas
Apakah
itu Kepintaran Emosi (Emotional Intelligence)?
Kepintaran Emosi (EQ) merupakan kebolehan untuk merasa, memahami
dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam hidup kita seharian.
EQ berpunca dari emosi, perasaan, gerak hati. Malah, ianya bukan
sesuatu yang hanya boleh dirasional secara intelek. Untuk mengaplikasian
EQ secara betul, kita seharusnya memahami dan menghargai perasaan
dan emosi diri sendiri dan orang lain. Lanjutan kepada pemahaman
ini, EQ menekankan cara membalas yang betul kepada setiap rangsangan
persekitaran. Ini ditekankan supaya kita dapat menggunakan pemahaman
kita tentang emosi secara betul dalam hidup kita seharian. Kepintaran
Emosi merupakan pendorong kepada individu untuk berusaha ke arah
mencapai matlamat hidup dan aspirasinya. Ia mengubah apa yang
difikirkan oleh kita kepada cara kita hidup.
Kepintaran
Emosi (EQ) mempunyai beberapa komponen asas seperti:
- Kesedaran Diri yang merupakan kebolehan seseorang
individu untuk menyedari dan memahami emosi dan pendorong diri
sendiri dan kesannya terhadap individu yang lain.
- Pengawalaturan Diri yang merupakan kebolehan
untuk mengawal emosi dan perasaan serta kebolehan untuk bertindak
setelah berfikir.
- Empati yang merupakan kebolehan untuk memahami
rangka emosi orang lain dan kemahiran untuk bertindak bersesuaian
dengan reaksi emosi orang lain.
- Kemahiran Interpersonal yang merupakan skills
yang menunjukkan kemahiran seseorang individu dalam menguruskan
perhubungan dan membina rangkaian kenalan.
Kembali
ke atas
Mengamalkan
EQ di Tempat Kerja
EQ membantu kita memahami bagaimana dan mengapa kita bertindak
balas terhadap keadaan-keadaan tertentu dalam sesuatu organisasi.
Ia juga membantu kita menghargai hakikat bahawa setiap pertembungan
harian dalam hidup kita dipengaruhi oleh harapan dan tanggappan
kita
Peranan
EQ di tempat kerja kita adalah seperti berikut:
- Bagaimana kita menyambut kritikan?
- Bagaimana kita berurusan dengan
kepelbagaian?
- Toleransi kita terhadap kelakuan
dan situasi tertentu
- Bagaimana kita memotivasikan
diri kita dan orang lain?
Kembali
ke atas
Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Individu
dan Korporat menurut EQ
Individu yang mempunyai EQ yang tinggi akan berusaha untuk mencapai
matlamatnya melalui visi, ketekunan dan semangat yang tinggi.
Kajian telah menunjukkan bahawa kemahiran emosi yang tersenarai
di bawah menyumbang ke arah kejayaan di tempat kerja:
- Kesedaran diri
- Kebingkasan (Ketahanan) Emosi
- Tegas membuat keputusan
- Sensitif kepada perasaan orang
lain
- Kebolehan untuk Mempengaruhi
dan Mempunyai sifat keyakinan
- Cermat dan Mempunyai Keikhlasan
- Motivasi
Kembali ke atas
|